PENDAHULUAN

Dari segi bahasa, perkataan wanita digunakan untuk mengertikan lawan kepada lelaki. Mengikut Kamus Dewan (1985), perkataan wanita adalah suatu ungkapan halus yang memberikan erti orang perempuan, iaitu lawan bagi lelaki.
Mengikut kamus al-Munjid (t.t), al-untha ialah kata tunggal yang memberi erti lawan kepada perkataan lelaki. Pada asalnya perkataan al-untha ini adalah pecahan dari kata kerja anutha yang bererti lembut dan tidak keras. Oleh yang demikian apbila perkataan al-untha digunakan untuk memberi erti orang perempuan atau wanita, lawan kepada lelaki, ia mungkin berdasarkan kepada kelembutan dan kehalusan kejadian kaum wanita itu sendiri.”
Zaiton binti Nasri
(2007)
PERSPEKTIF ISLAM
Kedatangan Islam telah mengubah perspektif agama lain. Allah swt telah mengutus RasulNya Muhammad saw untuk memperbaiki kepincangan dan menempatkan wanita ke taraf yang sewajarnya. Wanita tidak lagi diletakkan di tempat kedua hanya sebagai pengikut kaum lelaki sahaja. Mereka mendapat hak dan status yang sewajarnya sesuai dengan fitrah penciptaannya. Mereka dihargai dan dihormati sebagai seorang manusia. Nabi Muhammad saw datang dengan ajaran yang benar dari Allah swt, memperbetulkan yang salah dan meletakkan wanita dalam perundangan Islam kena pada tempat dan keadaannya. Al-Quran dan al-Hadith telah menentukan kedudukan yang sewajarnya bagi wanita dan menjamin hak-haknya supaya tidak disalahertikan oleh kaum lain.
Persamaan Taraf
Dari segi persamaan taraf, kaum wanita pada umumnya adalah sama tarafnya dengan kaum lelaki, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Malah ada ketikanya undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita khususnya ibu-ibu lebih mulia daripada kaum lelaki jika lebih taqwanya. Antara kelebihan Islam ialah menghormati wanita dan mengiktiraf keinsanan serta keupayaannya untuk memikul tuntutan agama (tanggungjawab), kesaksamaan hukuman dan peluang memasuki syurga sama seperti lelaki. Islam menganggap wanita sebagai insan yang mulia dan mempunyai hak-hak keinsanan yang setaraf dengan lelaki.
Mereka adalah setaraf dari aspek asal usul kejadian semenjak azali, setaraf dari aspek ciri-ciri umum keinsanan, setaraf dari aspek tuntutan agama serta tanggungjawab dan setaraf dari aspek pembalasan dan tempat kembali (setelah kematian) dan sebagainya. Dari aspek hak-hak pemilikan harta, Islam telah menghapuskan tradisi umat-umat terdahulu ( sama ada Arab atau bukan Arab) yang telah melarang wanita dari memiliki harta atau mengecilkan skop mereka. Islam telah menetapkan bagi wanita hak pemilikan dengan pelbagai bentuk dan jenisnya serta hak pengurusan dalam pelbagai cara yang disyariatkan. Dari aspek ilmu, Islam juga memberikan wanita hak untuk menuntut ilmu sama seperti lelaki.
PERSPEKTIF YAHUDI
Menurut perspektif Yahudi mengenai kehidupan wanita pada zaman tersebut, sebahagian masyarakat Yahudi menjadikan anak perempuan mereka setaraf ammah atau seorang pelayan. Ayah kepada seorang anak perempuan tersebut berhak untuk menjualkan anak mereka kepada orang lain. Selain itu, sebagai seorang wanita, martabat mereka terletaknya di kedudukan yang rendah berbanding kaum lelaki. Wanita tidak berhak untuk mendapatkan sebarang hak warisan kecuali ayah kepada wanita tersebut tidak mempunyai anak laki - laki. Mereka juga menganggap bahawa wanita yang didatangi haid itu najis dan juga merupakan sumber segala dosa dan durhakaan. Kaum wanita juga dilarang untuk menuntut ilmu pengetahuan apa lagi untuk mengajar kaum lelaki.
Setelah kita perhatikan semua aspek dan adat yang ada samada mengikut bangsa atau pun agama selain daripada Islam maka dapatlah kita simpulkan bagaimana martabat kaum wanita adalah begitu hina dan rendah di sisi mereka. Wanita juga tidak pernah diakui akan keistimewaannya dan hak mereka dengan sewajarnya. Dalam mencari kebahagian dan kemulian hidup mereka, maka kaum wanita perlu kepada pengiktirafan dan pengakuan tentang martabat dan kedudukan mereka yang sebenarnya. Oleh itu Islam telah menghapuskan dan membasmi segala penghinaan yang telah dibuat terhadap kaum wanita yang tidak mampu dipertikai oleh sesiapa pun di muka bumi ini.
PERSPEKTIF NASRANI
“Wanita dalam masyarakat Yunani pada awal peradabannya dipandang suci, mulia dan terhormat tetapi mereka dilarang mendapatkan pendidikan dan tidak berpeluang menyumbangkan khidmat kemasyarakatan di luar secara mutlak. Peranan mereka terbatas kepada melayani suami dan melahirkan anak. Dalam masa yang sama mereka merupakan golongan yang hina apabila mereka melahirkan anak yang hodoh.
Wanita juga tidak diberikan hak waris. Menurut masyarakat Yunani, orang yang menjadi wali mempunyai kuasa untuk menguruskan harta benda perempuan. Dalam perkahwinan, mereka tidak diberikan hak langsung. Kuasa untuk memutuskan perkahwinan berada sepenuhnya di tangan lelaki. Perempuan tidak diberikan hak untuk meminta cerai dari suaminya. (al-Siba’i,1986).
Abdur Rabbi Nawaab al-Din (1992) di dalam bukunya, menjelaskan seorang ahli falsafah Yunani kuno iaitu Plato, pernah mencadangkan agar wania dijadikan sebagai umat yang dimiliki bersama. Kewujudan bandar yang dipanggil Virtue City oleh Plato menjadikan wanita boleh dimiliki bersama secara bebas dan menghapuskan sistem perkahwinan dan kekeluargaan. Tugas wanita melahirkan anak-anak seperti mana tugas binatang-binatang betina.”
Zaiton binti Nasri
(2007)
Melalui perspektif agama Hindu, ikatan kekeluargaan merupakan perkara yang sangat penting dan diutamakan dalam kehidupan manusia. Wanita tidak dibenarkan untuk bersuara mahupun menyuarakan pendapat mereka.
Selain itu, terdapat beberapa adat yang diamalkan oleh masyarakat ini. Antara adat – adat yang diamalkan oleh masyarakat Hindu ialah wanita yang kematian suami tidak akan diberi peluang untuk meneruskan hidupnya. Oleh itu apabila suami mereka meninggal dunia, isteri tersebut akan turut dibakar hidup – hidup bersama suaminya. Adat ini telah berterusan sehingga abad ke 17.
Selain itu, di Hindu di Mesir pula akan menjadikan gadis – gadis sebagai korban di Sungai Nil sebagai tempat pemujaan mereka, bagi masyarakat tersebut, sungai tersebut telah memberi banyak manfaat kepada mereka dari segi pertanian, sumber air dan makanan kepada mereka. Para gadis dijadikan korban kerana mereka percaya bahawa kaum wanita membawa keburukan kepada mereka. Terdapat juga undang – undang India lama yang mengatakan penyakit, maut, api dan racun adalah lebih baik daripada wanita.
Melalui perspektif Hindu, maka dapat disimpulkan bahawa kedudukan wanita adalah sangat rendah malah mereka langsung tidak mempunyai apa – apa hak untuk melakukan segala perkara yang berasaskan kepentingan mereka sendiri.
ANALISA KAJIAN
Kita dapat lihat dengan jelas bahawa wanita mempunyai kedudukan yang rendah sekali terutamanya apabila dibandingkan dengan kaum lelaki. Layanan buruk dan berat sebelah yang tidak sepatutnya diterima oleh kaum wanita membuktikan lagi bahawa hak dan kedudukan wanita adalah jauh berbeza jika dibandingkan perspektif Barat dengan perspektif Islam.
Ternyata betapa rendahnya kedudukan wanita dalam berbagai-bagai masyarakat di dunia. Kedatangan Islam telah mengubah fenomena ini. Oleh kerana keadaan itu sengaja dibuat-buat oleh manusia dan merupakan penganiayaan manusia terhadap manusia cuma berlainan jenis, maka Allah swt telah mengutus RasulNya Muhammad saw untuk memperbaiki kepincangan dan menempatkan wanita ke taraf yang sewajarnya.
Wanita tidak lagi diletakkan di tempat kedua hanya sebagai pengikut kaum lelaki sahaja. Mereka mendapat hak dan status yang sewajarnya sesuai dengan fitrah penciptaannya. Mereka dihargai dan dihormati sebagai seorang manusia. Nabi Muhammad SAW datang dengan ajaran yang benar dari Allah SWT, memperbetulkan yang salah dan mengangkatkan apa-apa yang sepatutnya diangkat, meletakkan wanita dalam perundangan Islam kena pada tempat dan keadaannya. Al-Quran dan al-Hadith telah menentukan kedudukan yang sewajarnya bagi wanita dan menjamin hak-haknya supaya tidak disalahertikan oleh kaum lain.
KESIMPULAN
“Sebagai kesimpulannya, kemunculan Islam telah mengubah perspektif Barat terhadap kaum wanita. Islam memuliakan wanita sebagai anak, sebagai gadis, sebagai ibu dan sebagai saudara. Tujuan manusia diciptakan adalah untuk mengabdikan sepenuhnya kepada Allah SWT. Tugas ini wajib dilaksanakan oleh semua orang yang beriman, sama ada laki-laki mahupun perempuan.
Laki-laki dan perempuan telah diciptakan Allah SWT dengan sifat dan tabiat yang berbeza. Adalah menjadi hikmat syariat peranan laki-laki dan perempuan saling lengkap-melengkapi. Peranan muslimin dan musliman bukan setakat untuk melaksanakan makruf dan mencegah munkar, tetapi adalah untuk menyuburkan serta mengembangkan makrufat dan memungkinkan tiadanya munkarat. Peranan ini hanya dapat terlaksana jika masyarakat menghormati hak-hak wanita dan wanita pula melaksanakan kewajipan-kewajipan yang telah ditetapkan oleh syariat.”
Zaiton binti Nasri
(2007)
RUJUKAN
Hak Wanita dalam Islam, (n.d.) Retrieved on September 28, 2012, from
https://sites.google.com/site/khazalii/5udi3052wanitadalamislam%28bab5%29
Muhammad Ibrahim Sulaiman.(n.d). Wanita-Wanita Mulia Di Dalam kehidupan Rasulullah
S.A.W. Selangor Darul Ehsan: Percetakan Advanco SDN BHD
Prof. Dato’ Dr. Haron Din.(1988). Manusia Dan Islam. Selangor Darul Ehsan: Percetakan
AEE SDN. BHD.
Wan Ali Bin Wan Jusoh, Mohd Hambali Bin Rashid, Mohd Zamani Bin Ismail, Zaharah Binti
Mustaffa, Zaiton Binti Nasri.(2007). Tasawwur Islam. Kuala Lumpur: UTM City Campus.
Wanita dalam Perspektif Islam, (n.d.) Retrieved on September 28, 2012, from
http://www.ukm.my/hadhari/sites/default/files/pdf/wacana%204.pdf
No comments:
Post a Comment