Pengenalan
Sepanjang menjalankan tugasan mengenai pemikiran dan teori etika ini, kami dapat memahami prinsip-prinsip asas dalam teori etika kebaikan. Selain itu juga, kami dapat membezakan serta menghuraikan jenis-jenis teori dan teori tindakan betul.
Kami juga dapat mengenalpasti hubungan antara etika profesional dengan kepentingan diri, budaya dan agama. Disamping itu juga, mendalami serta memahami kegunaan teori etika untuk golongan profesional.
Penghayatan dan pemahaman seseorang profesional itu adalah mengenai pemikiran dan cara mereka mengaplikasikan teori etika tersebut adalah penting untuk menggalakkan golongan ini terus melakukan kebaikan dan menegakkan kebenaran demi kepentingan semua.
Teori – teori etika sering digunakan oleh golongan profesional untuk dijadikan sebagai panduan mereka apabila menghadapi dilema etika. Golongan profesional dapat menggunakan teori ini untuk melihat dengan lebih jelas lagi justifikasi mengenai tanggungjawab umum mereka. Nilai etika ini menekankan tentang hak individu serta tindakan yang dapat mendatangkan kebaikan kepada umum.
Teori Keperibadian Mulia
Teori ini merupakan teori yang tertua dan dikatakan terhasil daripada falsafah tradisi Greek. Pengasas utama teori ini adalah Aristotle (384 – 322 s.m) yang mengatakan bahawa peribadi mulia dianggap sebagai satu keperluan seseorang individu itu untuk membolehkannya menjalankan aktiviti yang rasional dengan berkesan. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kebijaksanaan serta penilaian yang baik adalah penting dalam melakukan sebarang tindakan.
Beliau juga menegaskan bahawa teori keperibadian mulia merupakan keseimbangan antara yang keterlaluan dalam perlakuan, emosi, keinginan dan sikap. Bila mana seseorang individu tersebut melakukan sebarang tindakan negatif tetapi wujud etika yang mendatangkan kebaikan disebalik tindakan negatif tersebut.
Seorang lagi ahli falsafah iaitu MacInttyre, beliau telah mengaplikasikan teori ini di dalam kajiannya mengenai pemikiran etika profesional. Beliau memperkenalkan aktiviti bekerjasama yang menekankan kebaikan dalaman dan luaran. Kebaikan dalaman adalah merujuk kepada amalan golongan profesional yang dapat memberi kebaikan kepada umum. Kebaikan luaran merujuk kepada wang dan prestij yang diperolehi daripada aktiviti lain.
Terdapat empat kategori kebaikan profesional iaitu kebaikan diri sendiri, kebaikan untuk masyarakat, kebaikan kepada kumpulan dan kebaikan kemahiran.
Kebaikan Diri Sendiri
Kebaikan ini adalah asas dan panduan golongan profesional untuk mengamalkan tanggungjawab moral dan autonomi mereka. Beliau menekankan kefahaman terhadap prinsip moral iaitu apabila seseorang individu itu perlu memahami dirinya sendiri terutamanya dari sudut kelemahan dan kekuatannya. Dari aspek kebijaksanaan, orang yang pandai tidak semestinya bijaksana. Hal ini kerana kebijaksanaan adalah terhasil daripada pengalaman, kreativiti, dan keperihatinan. Dari aspek komitmen pula, ia adalah kefahaman atau penghayatan terhadap sesuatu tindakan seperti keberanian, disiplin diri, menghormati diri sendiri, kejujuran dan ketelusan, ketabahan dan ketaatan terhadap komitmen.
Kebaikan Untuk Masyarakat
Kebaikan untuk masyarakat ini dilihat daripada hasil tindakan seseorang individu profesional tersebut yang dapat mendatangkan kebaikan kepada masyarakat. Keadilan adalah perkara yang paling diutamakan dalam hal meghormati hak seseorang terutamanya dalam hak membuat keputusan yang berisiko. Kebaikan golongan profesional yang minimum ialah tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
Kebaikan Kepada Kumpulan
Ciri-ciri ini penting kepada seseorang profesional apabila mereka menjalankan aktiviti yang melibatkan kerjasama dengan orang lain. Antara aspek yang ditekankan ialah semangat rakan sejawat, bekerjasama, kebolehan berkomunikasi secara berkesan dan menghormati undang-undang. Selain itu, aspek kesetiaan terhadap majikan serta aspek kepimpinan untuk bersedia untuk memikul tanggungjawab dan memberi motivasi kepada orang lain juga penting.
Kebaikan Kemahiran
Kebaikan kemahiran ini menekankan soal penguasaan amalan kemahiran dalam sesuatu bidang profesion tertentu. Kecekapan, ketekunan dan kreativiti antara aspek kebaikan yang ditekankan. Antara ciri – ciri keperibadian mulia ini juga mempunyai kaitan rapat dengan sifat integriti, kejujuran, pertimbangan, menghormati diri, dan mempunyai rasa tanggungjawab.
Teori Tindakan Betul
Teori ini menekankan sifat-sifat baik yang perlu ada pada diri seseorang individu tersebut. Sifat – sifat ini dapat memberi galakan kepada seseorang itu untuk terus melakukan tindakan yang mendatangkan kebaikan. Di samping itu, persekitaran, situasi, masa, dan agama merupakan faktor – faktor yang mempengaruhi tindakan individu.
Utilitarianisme
Merupakan Teori Teleologis (akibat) yang diasaskan oleh Jeremy Eenthan dan John Stuart Mill. Mereka membahagikan teori ini kepada dua iaitu utilitarianisme lakuan dan utilitarianisme aturan.
Utilitarianisme lakuan menyatakan bahawa suatu tindakan itu dianggap betul apabila tindakan tersebut membawa kepada akibat-akibat yang diingini iaitu kebaikan. Kebaikan tersebut haruslah terbaik untuk orang ramai. Melakukan tindakan yang betul adalah proses memaksimumkan kebaikan. Teori ini lebih menekankan tindakan individu berbanding peraturan umum.
Utilitarianisme aturan menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu melakukan sesuatu tindakan mengikut peraturan maka ia pasti akan menghasilkan kebaikan kepada semua orang. Selain itu tindakan seseorang individu itu dianggap betul sekiranya mereka mengikut peraturan yang disediakan. Contohnya, individu yang melakukan kesalahan rasuah akan dikenakan hukuman.
Teori Wajiban
Teori ini diasaskan oleh Immanuel Kant iaitu ahlli falsafah Jerman (1724-1804). Teori ini juga disebut sebagai teori deontologist yang bermaksud bukan akibat. Asas pemikiran teori ini lebih menekankan prinsip tanggungjawab dan tidak terikat dengan akibat satu – satu tindakan iaitu dengan melakukan tindakan yang betul.
Menurut pengasas teori ini, melakukan tindakan baik seperti berlaku adil, jujur, simpati dan sebagainya adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh individu.
Teori Hak Asasi
Teori ini adalah berkonsepkan hak asasi manusia yang menyatakan bahawa tanggungjawab itu perlu dilaksanakan kerana setiap orang mempunyai hak yang masing – masing.
Teori ini diasaskan oleh John Locke pada tahun 1632 – 1704. Beliau menekankan bahawa satu – satu tindakan yang dilakukan adalah dianggap salah laku yang melanggar hak moral seseorang. Hal ini kerana kita mempunyai tanggungjawab untuk menghormati hak orang lain.
Selain itu, teori ini juga menolak akibat baik sebagai penentu utama atas semua pertimbangan moral. Walau bagaimanapun, teori John Locke ini jelas menekankan hak kebebasan yang terlalu individualistik.
Sebagai contoh, hak negatif yang mana seseorang itu bertanggungjawab untuk tidak mengganggu kehidupan orang lain, hal ini dikatakan beliau hanya melihat aspek sesuatu keadaan yang menghalang individu mencampuri urusan orang lain.
Kegunaan Teori Etika
· Menyelesaikan Dilema Etika
Teori etika dapat membantu untuk mengenalpasti isu-isu etika dan mencari alasan-alasan yang logik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan professional. Selain itu teori etika dapat membantu golongan menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan adanya maklumat-maklumat yang relevan.
Fakta-fakta yang berkemungkinan untuk memudaratkan masyarakat perlu diberi perhatian dengan segera. Teori etika disusun mengikut urutan kepentingan. Berpandukan susunan tersebut, golongan profesional dapat menyelesaikan masalah yang berlaku. Di samping itu, ia dapat meningkatkan kebolehan seseorang dalam membuat pertimbangan dan penilaian.
· Mengenalpasti Obligasi Etika
Teori etika digunakan untuk membuat spesifikasi mengenai tanggungjawab seseorang profesional. Melalui teori utilitarianisme, teori ini menegaskan seseorang itu melakukan sesuatu tindakan untuk memaksimumkan akibat baik daripada output produk dan projek yang dihasilkan.
Teori wajipan pula menekankan bahawa keselamatan merupakan perkara yang paling utama dan tidak boleh dipersoalkan.
Teori hak asasi menekankan bahawa asas andaian teori ini ialah tidak mendatangkan kecelakaan pada orang lain. Di samping itu, teori ini juga menyatakan bahawa seorang jurutera perlu menghormati hak-hak etika bagi mereka yang terlibat dalam tugasan yang dilakukannya.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, pemikiran dan teori etika di kalangan golongan profesional ini bukanlah bertujuan untuk mengajar mereka mengenai buruk baik atau betul salah dalam sesuatu perkara yang terjadi di dalam rutin profesion mereka.
Hal ini kerana setiap nilai-nilai dalam pemikiran dan teori etika tersebut memang telah ada di dalam jiwa masing-masing semenjak mula pembelajaran mereka iaitu sebelum menjadi seorang yang profesional.
Penghayatan dan pemahaman seseorang profesional itu mengenai pemikiran dan cara mereka mengaplikasikan teori etika tersebut adalah penting untuk menggalakkan golongan ini terus melakukan kebaikan dan menegakkan kebenaran demi kepentingan semua.
boleh kongsikan rujukan
ReplyDeleteassalamualaikum wbt boleh kongsikan sumber rujukan?
ReplyDeleteboleh share rujukan
ReplyDeletemacam mne kita nak tahu kelemahan teori wajiban dan teori hak asasi
ReplyDeletesaya ada kelemahan tu
Deletewssp saya 0134610486